Syukur alhamdulillah, beruntung betul Noh Hujan dapat isteri yang kita sudah mula mempelajari tanggungjawab sebagai seorang muslimah. Tidak dinafikan sebelum ini Mizz Nina seringkali berpakaian agak seksi terutama dalam klip video beliau. Namun, apa yang pasti adalah sejak dia pulang dari menunaikan ibadah haji bersama keluarga baru-baru ini, terus nampak ada perubahan pada diri beliau.
Sejak satu gambar dimuat naik ke dalam instagram beliau, di situlah bermulanya kisah Mizz Nina sudah bertudung dan hangat diperkatakan oleh peminatnya. Ini satu berita baik kepada semua peminatnya dan datu contoh terbaik yang ditunjukkan sebagai seorang selebriti.
Ada juga sumber mengatakan Mizz Nina dan Noh seringkali menghadiri ceramah dan juga "talk" yang dianjurkan oleh para ulama yang agak terkenal di seluruh dunia. Adakah ini petunjuk bahawa dia kini akan berubah sepenuhnya ? Sama-sama la kita mendoakan agar Mizz Nina dan juga Noh akan kekal bahagia dan imej bertudungnya akan kekal hingga akhir hayat.
Di bawah ni beberapa gambar imej terbaru Mizz Nina :
Kredit gambar kepada : beautifulnara










Tidak ada komentar:
Posting Komentar